Monday, September 3, 2018

Jom Kenali Mood Kucing!

Di bawah saya ingin kongsikan beberapa posture ekor kucing yang selalu anda nampak . Tetapi tahukah anda maksudnya??? Mari kita kongsi ilmu dengan rajah di bawah ini.


Disebabkan aku dah biasa dengan kucing ni, tengok telinga dengan reaksi muka dah dapat agak mood kucing ni macam mana. Si tiger contohnya, dia ni suka 'Meow' lebih. Paling manja antara tiga2. Awal2 risau jugak takut dia ada something nak bagitawu tapi aku yang xfaham. Bila dah lama2, tiger ni akan panggil dengan bunyi 'Meow'manja dia untuk mintak kita belai/ usap badan dia. Haha itu je.. tapi bila aku penat xsempat nak layan dia..

Tapi yang penting, kalau nampak kucing tengah marah dan bergaduh, jangan terus leraikan dengan pegang kucing tu. Silap2, kita pulak yang kena bedal. (Kejadian pernah berlaku, kucing mengamuk gigit dan cakar sampai kena ambil suntikan pulak dekat klinik).Cara yang terbaik, jauhkan dua2 kucing tu dengan objek lain tanpa cederakan kucing tersebut. Pastikan jarak kita dengan kucing yang tengah bergaduh tidak terlalu dekat utk menenangkan emosi kedua2 kucing.

Kucing Kedua Ku


Selepas 2bulan jaga Si Buyu ni, aku decide nak ambil seekor lagi untuk buat teman Si Buyu ni sebab dia asyik kena tinggal sorang2 kalau aku pergi keja. Kebetulan satu haritu, aku geledah website dalam Mudah, dan jumpa post kucing ni murah harga. Terus tak fikir panjang, contact dengan seller. Bila dah whtsapp,mintak location semua rupa-rupanya seller tu duduk setaman je tapi lorong je lain sikit. Haha dekat ya amat dah tu.

Sampai2 rumah seller tu, dia pun terus bawak keluar kucing2 dia dalam sangkar dari dalam rumah. Comel gila semua. Confuse mana satu nak pilih. Awalnya nak pilih satu, tetiba rasa macam nak amek semua!haha... Last2, aku decide nak ambil dua.. Seller tenung je aku semacam, sebab aku tanya kalau amek dua harga boleh bagi berapa.?Haha..Ni typical soalan aku akan tanya untuk nego. Seller tu pun setuju sebab dia nak kurangkan kucing kat rumah sebab nak buat kenduri katanya. Muda lagi ownernya. So, ni la kucing yang aku pilih tu.
      
 Namaku Kecik
Namaku Tiger
                                                 


Kucing Pertama Ku

Buyu waktu 2bulan

Ni la kucing pertama aku bela selepas habis zaman belajar. Bila dah kerja, rasa nak jugak bela kucing ni walaupun family sendiri xdela berapa suka sangat dengan kucing. So, aku cari kucing ni dalam FB Kucing Persian Comey Comey. Yang ni pun aku main search je kebetulan jumpa yang dekat2 dengan kawasan rumah. Memang dalam fikiran memang nak cari warna calico (3warna). Kebetulan seller ni bagitawu ada sekor ni available dan kucing ni dibawa masuk dari sempadan Thai. Aku pun ok jelah proceed sebab dah jatuh hati dengan kucing ni.

Dalam bulan November 2017, aku deal dengan seller untuk ambil kucing ni dekat exit Plaza Tol Selatan Alor Setar. Sampai2, terus ambil & singgah Amancentral dulu sebab perut dah lapar. Gambar kat bawah ni waktu dia dalam perjalanan balik. Favourite spot Buyu dalam kereta dekat dashboard belakang kereta. Dia akan tidur situ senyap2 kalau dah bosan tengok jalan.

Terus jenguk luar tingkap, 3bulan
So, makanan yang aku cari untuk Buyu waktu ni , Pronature Kitten. Harga kt sini pun okla lebih kurang sama dengan Royal canin. Cuma aku prefer pilih pronature sebab 'poo' memang kurang berbau berbanding RC.















Awalnya, aku beli dekat kedai.Tapi memandangkan lepas review harga dekat dalam Shopee, aku beli online je sejak2 tu dan lagipun memang jimat masa. Komen untuk pronature ni, so far memang puas hati. Beza antara dua ni selalu kalau kucing yang tak lalu nak makan, RC baby or kitten memang sesuai sebab bau makanan tu kuat dan dapat pikat nak tekak kucing. Untuk yang tak biasa dengan pronature, awal2 mungkin xkan lalu tapi selepas tu memang akan makan. Pronature makan sikit kucing cepat kenyang berbanding RC. Lagi satu, pronature membantu jugak untuk masalah hairball kucing. Once a month tu kucing mesti muntah hairball. Which is bagus kalau hairball keluar. Apa2 pun nanti kita tengok perubahan Buyu selepas ni ya!


Welcome to Dunia kucingku...

Namaku Buyu

Dalam banyak2 warna kucing, 3 warna ini selalunya jantina betina. Orang kata, kalau kucing jantan kita berwarna calico, anda memang bertuah sebab susah nak dapat.


So, nak dijadikan cerita pada awalnya, aku bukan seorang peminat kucing tapi x berapa nak suka sebab geli dengan bulu kucing. Tapi selepas cikgu aku suruh aku try bela kucing, dah lama2, baru ok..
Kiranya, waktu zaman universiti dulu baru berjinak2 dalam dunia kucing ni. Sampaikan aku bela kucing ni dekat rumah sewa.

Walaupun geli tu dah kurang, tapi aku still rasa kucing luar ni kotor. Kalau aku nak main2, aku mandikan kucing tu dulu baru aku main..Haha. Padahal kucing tu kucing jiran belakang! Kiranya lebih kurang 3tahun aku terjebak dalam dunia kucing ni. Kesimpulan, kucing ni aku anggapkan ''my best pet''. Aku suka jugak haiwan2 lain macam ikan,ayam,burung or apa2la yg comel & cantik tapi paling best, kucing!


Jom Kenali Mood Kucing!

Di bawah saya ingin kongsikan beberapa posture ekor kucing yang selalu anda nampak . Tetapi tahukah anda maksudnya??? Mari kita kongsi ilmu ...