Monday, September 3, 2018

Kucing Pertama Ku

Buyu waktu 2bulan

Ni la kucing pertama aku bela selepas habis zaman belajar. Bila dah kerja, rasa nak jugak bela kucing ni walaupun family sendiri xdela berapa suka sangat dengan kucing. So, aku cari kucing ni dalam FB Kucing Persian Comey Comey. Yang ni pun aku main search je kebetulan jumpa yang dekat2 dengan kawasan rumah. Memang dalam fikiran memang nak cari warna calico (3warna). Kebetulan seller ni bagitawu ada sekor ni available dan kucing ni dibawa masuk dari sempadan Thai. Aku pun ok jelah proceed sebab dah jatuh hati dengan kucing ni.

Dalam bulan November 2017, aku deal dengan seller untuk ambil kucing ni dekat exit Plaza Tol Selatan Alor Setar. Sampai2, terus ambil & singgah Amancentral dulu sebab perut dah lapar. Gambar kat bawah ni waktu dia dalam perjalanan balik. Favourite spot Buyu dalam kereta dekat dashboard belakang kereta. Dia akan tidur situ senyap2 kalau dah bosan tengok jalan.

Terus jenguk luar tingkap, 3bulan
So, makanan yang aku cari untuk Buyu waktu ni , Pronature Kitten. Harga kt sini pun okla lebih kurang sama dengan Royal canin. Cuma aku prefer pilih pronature sebab 'poo' memang kurang berbau berbanding RC.















Awalnya, aku beli dekat kedai.Tapi memandangkan lepas review harga dekat dalam Shopee, aku beli online je sejak2 tu dan lagipun memang jimat masa. Komen untuk pronature ni, so far memang puas hati. Beza antara dua ni selalu kalau kucing yang tak lalu nak makan, RC baby or kitten memang sesuai sebab bau makanan tu kuat dan dapat pikat nak tekak kucing. Untuk yang tak biasa dengan pronature, awal2 mungkin xkan lalu tapi selepas tu memang akan makan. Pronature makan sikit kucing cepat kenyang berbanding RC. Lagi satu, pronature membantu jugak untuk masalah hairball kucing. Once a month tu kucing mesti muntah hairball. Which is bagus kalau hairball keluar. Apa2 pun nanti kita tengok perubahan Buyu selepas ni ya!

No comments:

Post a Comment

Jom Kenali Mood Kucing!

Di bawah saya ingin kongsikan beberapa posture ekor kucing yang selalu anda nampak . Tetapi tahukah anda maksudnya??? Mari kita kongsi ilmu ...